Selasa, 7 Julai 2009

Pengalaman menangkap pencuri.

" Jadi, bagaimanakah perasaan kamu ketika cuba menangkap pencuri itu?" tanya Puan Lisa, seorang wartawan dari Tv3.



Saya dan dua orang teman saya telah diwawancara oleh wartawan dari tv3 tentang terjadinya pencerobohan rumah di Sembawang semalam. Saya dan dua orang teman saya telah berjaya menangkap seorang pencuri yang cuba menceroboh masuk rumah jiran saya.



Dengan senyuman lebar yang mendedahkan barisan asmaradanta, saya pun berkata," Saya berasa amat bangga atas perbuatan saya dan rakan-rakan kerana ia telah mengahrumkan nama baik keluarga dan juga sekolah."



" Boleh tidak kamu ceritakan sedikit tentang pengalaman kamu itu?" tanya Puan Lisa lagi.



Saya pun menghela nafas panjang lalu memulakan cerita yang menjadi sejarah indah di dalam kehidupan saya ini.



Pada waktu itu, kami bertiga iaitu saya, Shanaz dan Ufairah, sedang membuat projek sekolah kami yang harus dihantar pada keesokan harinya. Oleh kerana hari sudah malam, ia terlalu lewat untuk kawan-kawan saya pulang lalu mereka bercadang untuk menginap di rumah saya. Ibu dan bapa saya kebetulan pula masih belum pulang dari kerja. Mereka sering pulang lewat.



Beberapa jam kemudian, kami pun sudah selesai membuat projek kami lalu kami pun menyimpan barang-barang kami. Sedang kami mengemas, saya terdengar bunyi pagar rumah jiran saya dibuka secara paksa. Saya berasa curiga kerana selalunya mereka tidak membuka pintu begitu. Bunyinya kuat betul. Debaran jantung saya semakin kencang sehingga saya tidah tahu apa hendak buat ketika itu. Mujurlah Shanaz menyarankan agar kami mengintip dari tingkap bilik saya. Kami terus bergegas ke bilik saya dan memanjat katil saya untuk mengintai dari tingkap.

Alangkah terperanjatnya apabila jangkaan saya betullah. Rumah jiran saya sedang dirompak oleh dua orang perompak yang berbaju serba hitam dan bertopeng hitam. Mereka sedang mencuba memecahkan pintu rumah jiran saya. Saya menelefon polis dengan segera menggunakan telefon bimbit saya.

Beberapa minit kemudian, polis tiba. Perompak yang tadinya sedang sibuk menggeledah rumah jiran saya sehinggakan mereka tidak sedar adanya polis. Saya memberitahu pihak polis bahawa dua orang perompak ada di dalam. Polis pun dengan hati-hati memasuki rumah jiran saya sebelum menyerbu dua orang perompak itu.

Saya tersenyum bangga setelah habis menceritakan tentang kejadian itu kepada wartawan. Tangan saya mengenggam erat piala anugerah yang diberikan kepada saya. Kawan saya yang lain pun menerima anugerah yang sama. Berita tentang keberanian kami telah sampai ke sekolah kami. Guru besar amat berbangga dengan jasa kami kepada masyarakat. Ibu bapa kami pun begitu terharu dengan sikap tanggungjawab kami. Namun yang paling gembira dan bangga adalah saya kerana saya telah berjaya mengharumkan nama baik ibu bapa serta sekolah.

Natasha Imran
2E2

Apakah yang boleh dilakukan ketika cuti sekolah.

Syahirah Raushyan
Blk 265 Simei St 11
#06-10
Singapura 570265

3 Jun 2009

Kepada sahabat penaku yang diingati,
Saudari Aisyah.

Apa khabar saudari sekeluarga di sana? Saya harap saudari sekeluarga sihat belaka. Saya di sini bersama keluarga tersayang berada di dalam keadaan yang sihat-sihat juga. saya ingin mengucapkan terima kasih atas surat yang saudari telah kirimkan sebelum ini.

Saya membalas surat saudari ini kerana saya ingin menyatakan beberapa perkara yang saudari boleh lakukan dan memberi manfaat kepada saudari ketika cuti sekolah. Saya harap saudari dapat melakukannya. Bagi saya, saudari boleh menghadiri seminar di sana untuk mengetahui bagaimana cara-caranya bagi mempertingkatkan diri saudari. Melalui seminar demikian, saudari boleh mengetahui cara-caranya untuk lulus peperiksaan yang akan datang dengan cemerlang. Saudari juga boleh membuat kerja-kerja amal untuk membantu orang-orang yang susah. Dari situ, saudari akan berasa bangga terhadap diri saudari sendiri. Jika saudari tidak mahu menghadiri seminar atau membuat kerja-kerja amal, saudari juga boleh melibatkan diri dalam aktiviti sukan yang baru. Contohnya, saudari boleh bermain bola keranjang, bola sepak ataupun berenang. Sukan ini baik untuk kesihatan mental dan fizikal. Saya harap juga dengan mempelajari sesuatu yang baru dapat membuka minda dan minat saudari terhadap sukan.

Sampai di sini sahaja saya boleh membantu saudari. saya harap saudari akan membalas surat saya untuk memberitahu apakah aktiviti yang telah saudari pilih untuk mengisi masa senggang ketika cuti sekolah.

Yang mengingati mu selalu,
Syahirah.