Selasa, 28 Oktober 2008

Tabiat buruk.

" Apa? Tabiat burukku?" Aku memberikan senyuman sinis lalu menyedut air Coke yang sedap itu. Elynn, Sheila dan Suhana mengangguk-angguk kepala mereka dengan ghairah lalu menjingkitkan tubuh mereka mendekati aku. Tiga pasang mata yang bulat-bulat memandang aku seolah-olah ingin menerkam diriku. Aku perlahan-lahan menghembuskan nafasku lalu mengeleng-gelengkan kepala memikirkan tentang betapa anehnya kelakuan sahabat-sahabat baruku. Suka sangat menjaga tepi kain orang dan menyoal perkara yang pelik-pelik seperti warna baju apakah yang paling aku tidak suka pakai ketika tidur, sama ada aku suka menari di atas katil dan sekarang pula, tabiatku yang paling buruk.

" Hmmm..., tabiat aku yang paling buruk adalah memuntahkan semula makanan yang baru sahaja aku makan," aku berkata dengan tenang lalu menghincutkan bahuku seperti ia bukanlah sesuatu tabiat yang aneh.

" Apa???" Ketiga-tiga kawanku yang pelik itu menjerit kerana terperanjat dengan pendedahan aku. Malu aku dibuatnya sebentar kerana tiba-tiba, semua orang di katin itu memandang ke arah aku.

" Aku mengerutkan dahi aku kerana bingung dengan reaksi mereka. Kenapa Elynn, Sheila dan Suhana terperanjat? Buruk sangatkah tabiat aku? Lebih buruk daripada orang yang suka makan tahi hidung atau ambil dadah? Dahulu di sekolah lamaku, memuntahkan semula makanan yang baru dimakan adalah perkara yang lazim. Ramai pelajar di sekolah lamaku melakukannya untuk mendapatkan tubuh yang langsing dan menawan.

" Ifa, kau tahu tidak bahawa tabiat buruk kau itu dipanggil bulimia?"
" Tabiat itu tidak sihat!"
" Kau harus hentikan kerana jikalau tidak, kau boleh matilah."

Aku hanya menguap kebosanan mendengar amaran mereka. Dah mual aku mendengar kata-kata yang sama. Mereka ini berlagak seperti aku ini bodoh sangat kerana tidak tahu apa akibatnya. Aneh sekali sudah tiga tahun aku melakukannya dan tak mati-mati pun. Kalau aku tidak buat begini, takkanlah aku boleh bertubuh cantik dan takkanlah mereka ingin berkawan dengan gadis gemuk. Seperti teman-teman lamaku di sekolah dahulu, kami tidak hiraukan nasihat-nasihat yang basi utu. Bak kata pepatah, masuk telinga kanan dan keluar telingi kiri. Dengarkan ajalah untuk sedapkan hati mereka.

Keesokan harinya, aku dan teman-teman baruku telah pergi ke rumah Elynn untuk mengadakan sebuah pesta kecil. Pesta ini diadakan setahun sekali antara kami sahaja. Eksklusif dan bukan sebarang orang boleh ke pesta ini. Hanya yang popular, cantik dan bergaya sahaja yang boleh menghadirinya. Begitulah yang diterangkan oleh Elynn. Aku ikut sahaja asalkan aku dapat diterima. Ternyata rumah Elynn sangat sesuai untuk diadakan pesta sebegini kerana rmahnya yang besar dan gah serta bilik tidurnya yang menjadi idaman setiap gadis remaja. Walau bagaimanapun, aku rasa biliknya tidaklah sehebat bilik aku kerana bilik aku besar dan ada balkoni lagi. Kamar Elynn pun terbuka lalu mendedahkan pelbagai hidangan yang lazat-lazat di tengah-tengah kamarnya.

" Wah!" Aku terpegun dengan kek cawan yang bertingkat-tingkat, gula-gula kapas, gula-gula pudina, pancutan coklat dengan pelbagai jenis buah-buahan dan biskut mengelilinginya. Air Coke berbotol-botol dan Ya, Allah! Ayam goreng. Banyak lagilah bagaikan sebuah syurga. Aku sungguh teransang lalu tidak sabar untuk menikmati makanan yang lazat-lazat itu. Bagaikan orang dirasuk, aku menerkam segala apa yang ada untuk disumbatkan ke dalam mulut ini.

Seperti yang aku jangkakan, Elynn, Sheila dan Suhana terpaku melihat gelagat gelojoh aku. Mereka tidak sangka bahawa aku ini sebenarnya orang yang kuat makan. Aku tidak hiraukan mereka kerana bagi aku, yang penting adalah makan, makan dan makan. Nikmat sungguh rasanya coklat di lidah ini. Tiba-tiba, aku terasa mual dan kesal kerana makan terlalu banyak. Aku pun meminta diri untuk ke tandas tetapi dilarang oleh Sheila. Orang-orang ini betul aneh kerana hendak ke tandas pun tidak boleh. Suhana berdiri di depan tandas dengan kedua belah tangannya tercekak di pinggang.

" Tidak boleh Ifa. Aku tahu engkau hendak muntahkan semua makanan tadi," larang Suhana dengan tegas.

Elynn juga bergerak ke hadapan aku lalu berkata, " Tabiat engkau itu harus dihentikan."

Aku berdegil lalu menolak Elynn tetapi Sheila menarik tangan aku lalu mendudukkan aku di tepi katil. " Ifa, kau tau tidak yang jikalau engkau teruskan tabiat buruk engkau itu, kesihatan kau akan terjejas dan keselematan diri kau akan terancam."

Nampaknya mereka bersungguh-sungguh melarang aku. " Aku tidak akan matilah. Apa kamu semua merepek?"

Elynn menjawab, " Kami ada lihat tentang masalah bulimia dalam rancangan Tyra Banks. Ia merbahaya dan kami rasa engkau tidak perlu berbuat begitu."

Aku menguap. " Yalah kalau aku nak gemuk. Eh, tabiat aku ini perkara biasalah sebab ramai remaja yang buat."

" Dan ramai yang mati. Kalau kau masih berdegil, kita bertiga akan laporkan tabiat buruk engkau ini kepada pihak sekolah dan kami tidak mahu berkawan dengan engkau lagi," gertak Sheila.

Aku mengeluh. Hendak tak nak, aku terpaksa setuju dengan mereka dan berjanji tidak akan meneruskan tabiat buruk aku. Semenjak hari itu, ke mana sahaja aku pergi tidak keseorangan. Mereka mengawal pemakanan aku dan juga memastikan yang aku tidak ke tandas untuk memuntahkan apa yang aku telah makan.

Tidak aku sangka yang dua bulan kemudian, tabiat buruk aku hilang begitu sahaja dan aku kini lebih rasa sihat dan bermaya. Aneh tetapi aku rasa aku harus berterima kasih kepada ketiga-tiga teman baruku itu kerana mereka telah berjaya mengubah kehidupan aku.
Qurrah Shumar
3E2

Rabu, 15 Oktober 2008

Filem kegemaran

Zakiyah Binti Zainal
Blok 890 Ang Mo Kio Ave 5
#07-1234
Singapura 540890

7 September 2008

Kepada sahabatku,
Alin yang disayangi.

Saudari,

Apa khabar? Bagaimana keadaan kamu sekeluarga di Malaysia? Adakah percutian kamu ini menyeronokkan? Saya di sini baik-baik sahaja. Saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya kepada kamu sekeluarga. Walaupun saya sekeluarga sibuk menyambut lebaran, kamu sentiasa di dalam ingatan.

Pada Hari Raya yang kedua, saluran Suria telah menayangkan sebuah filem, Pendekar Bujang Lapuk. Cerita itu sungguh lucu hinggakan kami sekeluarga ketawa tak terhenti-henti. Filem itu dibintangi oleh P. Ramlee, Aziz Satar dan S. Samsudin. Filem itu tentang tiga orang sahabat yang telah terserempak seorang pakcik yang handal dalam bidang silat. Ketiga-tiga sahabat itu pun mengikuti pakcik itu pulang kerana ingin belajar silat.

Apabila tiba di rumah pakcik itu, mereka pun bertanya sama ada mereka boleh belajar silat atau tidak. Pakcik itu bersetuju mengajarkan mereka bersilat. Tetapi mereka harus membaca jampi yang disebutkan oleh pakcik itu. Apabila disuruh ulang bacaan jampi itu, pelbagai perkataan yang merepek keluar daripada mulut mereka kerana mereka bertiga ini buta huruf. Jadi, pakcik itu pun menyuruh mereka mengikuti sekolah buta huruf. Apabila mereka sudah pandai baca jampi, ketiga-tiga sahabat itu pun pergi bertapa di tiga buah tempat; tanah perkuburan, rumah kosong dan sebuah perigi buta. Di situlah gelagat mereka semakin menggelikan hati apabila mereka dihadapkan dengan cubaan.

Alin, dalam filem Pendekar Bujang lapuk itu saya amat meminati watak P.Ramlee. Ini kerana dia kacak, gagah dan senang memikat hati perempuan. Saya berasa bangga apabila mengetahui bahawa masyarakat Melayu mempunyai ikon seni terunggul iaitu P.Ramlee.

Sehingga di sini sahaja saya ceritakan kepada kamu tentang filem kegemaran saya. Saya harap kamu akan berpeluang menonton filem Pendekar Bujang Lapuk.

Yang tulus,
Zakiyah.

Nurfarahin
2N3

Kisah cinta di Bali.



Angin yang sejuk bertiup sepoi-sepoi bahasa mengusik helaian rambut si cantik manis itu. Di kota Bali,
aku temui seorang jelitawan yang bernama Nurul. Tugasnya di sana adalah menyambut tamu yang datang menginap di Hotel Nirma.

Walaupun aku telah menjumpai banyak gadis-gadis anggun di sana, fikiran ini tetap melayang ke Nurul, gadis yang tercantik yang pernah aku lihat dan kagumi. Setiap malam, wajahnya yang ayu, cantik dan berseri bermain-main di fikiran dan pandanganku. Aku mulai sedar yang sebenarnya aku sudah jatuh cinta pada pandangan pertama. Sejak dari saat itu, aku mula datang ke tempat kerjanya untuk berbual dengannya. Sakit kerinduan terubat dengan senyuman manisnya dan juga suara manjanya sebagai penawar hati.

Tiga bulan sudah berlalu dan perhubungan kami semakin erat. Aku membuat keputusan untuk melamar pujaan hatiku, Nurul. Keesokan harinya, keluargaku dan rombongan kami datang ke rumah Nurul untuk melamarnya. Sayang seribu sayang, lamaranku ditolak bulat-bulat kerana aku ialah anak seorang pemandu teksi. Kami sekeluarga pulang dengan penuh rasa hampa dan kecewa.

Pada mulanya, aku dan Nurul bertekad ingin kahwin lari sahaja kerana tidak lera cinta kami dihalang. Kami berjani bertemu di pantai Kuta tepat jam dua belas malam untuk menaiki bot haram ke Singapura atau mana sahaja asalkan kami boleh bersama. Tetapi sudah dua jam aku menunggu, Nurul tidak muncul-muncul juga. Aku cuba menelefon dia tetapi telefon bimbitnya tidak aktif. Aku tunggu lagi selama tiga jam dan akhirnya aku mendapat panggilan daripada ibuku yang mengakatakan bapaku berada di rumah sakit kerana dia diserang sakit jantung. Dengan segera, aku bergegas ke rumah sakit. setibanya di sana, bapaku mengatakan beberapa patah perkataan sebelum dia menghembuskan nafasnya yang terakhir. dia berpesan agar aku mesti menjadi seorang usahawan dan jangan pernah memilih nasib sepertinya.

Tiga tahun berlalu dan aku mendapat tawaran menjadi pereka kemeja. Fikiranku berdetik yang tawaran itu adalah tawaran baik dan peluang keemasan ini tidak akan datang dua kali. Aku pun menerimanya. Di syarikat itu, majikanku amat baik orangnya. Dia seorang wanita yang agak beberapa tahum lebih tua daripadanya. Namanya Nur dan aku panggilnya, Puan Nur. dalam diam-diam dia mula jatuh cinta kepada aku. Setelah aku menyedari perasaannya, aku pun menjalinkan perhubungan dengannya tetapi susah bagiku melafazkan cinta kepadanya. Umur bukan halangan tetapi hatiku masih cinta pada Nurul. Berkat kerja keras aku dan sokongan Puan Nur, akhirnya aku berjaya menjadi seorang usahawan termahsyur. Syarikat kemeja aku bukan sahaja terkenal di nusantara ini tetapi sudah mula menembusi pasaran Pulau Maldives.

Suatu hari, ada seseorang yang datang mengetuk pintu rumahku. Aku terperanjat apabila mata ini bertatapan semula dengan wajah kesayangan hati iaitu Nurul. Dia tercegat di depan aku meminta aku melamarnya kerana dia tidak rela dikahwinkan dengan seorang tua yang bernama Masut. Aku memintanya memberiku waktu untuk berfikir. Setelah dua minggu, aku akhirnya membuat keputusan teguh untuk mengahwini Puan Nur dan bukan Nurul. Setelah mendirikan mahligai bersama Puan Nur, hidup kami berubah seratus lapan puluh darjah. rezeki melimpah-limpah dam kami berdua menjadi kaya raya sementara keluarga Nurul dibelenggu pelbagai masalah.

Yusoff
2N2

Baik buruknya aktiviti perkhemahan sekolah.

Semenjak tahun lalu, banyak sekolah menengah di Singapura mengadakan perkhemahan sekolah dengan tujuan mengajar para murid untuk merasakan hidup berdikari dari awak lagi. Aktiviti perkhemahan sekolah ini sering diadakan ketika cuti sekolah. Jadi, apakah baik buruknya aktiviti perkhemahan sedemikian?

Perkara baik daripada aktiviti perkhemahan sekolah adalah para murid diajarkan berbagai cara untuk menguruskan diri sendiri, memasak dan juga mencuci pakaian atau barang-barang kepunyaan sendiri. Misalannya di zaman kini, ramai rumah mempunyai amah atau pembantu rumah yang digajikan untuk mengurus keperluan harian setiap anak-anak. Jadi dengan adanya perkhemahan begini, maka anak-anak itu diberi peluang untuk bertanggungjawab melakukan tugasan seharian tanpa bantuan orang dewasa. Kadang-kadang, perkhemahan ini juga ada diterapkan sesi melindungi diri seperti mengajarkan seni silat dasar agar pelajar dapat mempertahankan diri di masa kesulitan. Para murid juga dipisahkan daripada kelompok yang mereka sudah biasa bekerja sama dan dilatih bekerja dengan kawan-kawan yang lain untuk memperluaskan persahabatan dan pemikiran mereka. Contohnya, secara kelompok mereka harus memasak makanan mereka sendiri dengan bahan-bahan dan peralatan yang terbatas. Aktiviti sebegini hanya bisa dijalankan jika pelatih dan guru mempunyai pengalaman yang luas dan berkualiti.

Namun, segala sesuatu yang kita buat tentu ada juga buruknya. Hal ini berlaku juga pada aktiviti perkhemahan sekolah. Jika guru-guru dan pelatih luar tidak mempunyai pengalaman dalam aktiviti yang diadakan, mereka boleh membahayakan nyawa para murid. Lebih-lebih lagi jika kurang pengalaman untuk meneka sebarang keburukan yang bakal terjadi dan kurangnya rasa tanggungjawab yang tinggi. Contohnya; jika guru menginginkan para murid belajar memasak sendiri, mereka patut memastikan barang yang digunakan itu selamat dan pelajar harus menitikberatkan piawai keselamatan. Jika jumlah guru yang menjaga dan mendisiplinkan pelajar kurang, para murid yang nakal pasti akan melanggar syarat keselamatan kerana terlalu asyik bermain. Ini pasti akan mengakibatkan hal-hal yang lebih buruk terjadi. Selain itu, pergaulan bebas antara pelajar lelaki dan perempuan juga harus diketengahkan pada para pelajar agar musibah kepada maruah diri tidak terjadi. Siapa yang mahu hanya nila setitik, rosak susu sebelanga? Perlakuan kurang elok pasti tidak sahaja mencemarkan nama keluarga, malah nama baik sekolah.

Kesimpulannya daripada apa yang saya kemukakan, aktiviti perkhemahan ini hanya akan menjadi satu aktiviti pendidikan diri yang berkesan sekiranya guru memainkan peranan penting dalam menjayakan aktiviti tersebut. Sebuah institusi pendidikan tidak akan berjaya tanpa dedikasi guru sebagai pendidik.

Jhonson
2N1

Selasa, 14 Oktober 2008

Sambutan Hari Raya Aidilfitri.





"Selamat Hari Raya Aidilfitri daripada Warna 94.2!" ucapan ceria berbunyi di corong radio aku dengan terang lalu diikuti dengan lagu Hari Raya yang dinyanyikan oleh Sharifah Aini. Keluarga aku sudah pun bersiap dan menunggu bapaku pulang dari masjid. Aku terus mandi secepat mungkin kerana bapaku paling pantang jikalau ada orang yang terlewat bangun atau terhegeh-hegeh membersihkan diri pada pagi Syawal yang mulia itu. Adikki yang kecil, Farizah, sedang sibuk menolonh kemas bilik. Sangat susah untuk mendapatkan adik yang rajin dan baik hati seperti dia.

Selepas itu, aku bersiap dengan berpakaian baju kurung untuk menunggu kehadiran bapaku. Tiba-tiba ada panggilan daripada kawan bapaku iaitu Encik Samad. Encik Samad mengkhabarkan bahawa bapaku telah dilanggar oleh sebuah kereta semasa dia hendak menyeberang jalan. Dia juga menyampaikan maklumat bahawa dia telah menelefon ambulan untuk membawa bapaku ke Hospital Tan Tock Seng. Alangkah terperanjatnya kami mendengar khabar buruk itu, bagaikan jantung kami hampir terhenti. Ibu terus menarik aku dan adikku mengejar bapa di rumah sakit dengan teksi.

Sesudah sampai di situ, kita mencari bilik ayah bagaikan sang semut yang sesat mencari jalan pulang. Di sebuah wad, ternampak bapaku terlentang di atas katil menantikan ketibaan kami. Anehnya, dia tersengeh apabila melihat wajah kami yang pucat bagaikan mayat kerana bimbang akan dia. Bapa dengan selamba berkata yang dia tidak rasa sakit sangat setelah dilanggar. Tambahnya lagi yang keadaannya tidak serius cuma ada luka sedikit di bahagian kiri pipinya, lengan dan kaki.

Dua hari kemudian, bapaku sudah boleh keluar dari hospital dan menyambut Hari Raya. Kami pergi ke rumah datuk dan nenekku dahulu. Nenek bertanya mengapa kita tidak melawatnya pada hari raya pertama; dia menunggu kami seharian dengan lepat dan rendang sekuali. Aku pun memberitahunya yang bukan kita tidak mahu pergi ke rumahnya tetapi bapa ada di hospital kerana ditimpa kemalangan kecil. Nenek terperanjat apabila terdengar yang bapa telah dilanggar kereta. Dia hampir sahaja marah kerana tiada seorang pun yang telah memaklumkannya tentang kemalangan itu. Aku pun menjelaskan bahawa kami sekeluarga tidak memberitahunya kerana kami tidak mahu orang tahu sebab nanti semua orang pasti akan bimbangkan bapa dan tidak beraya. Nenek tersenyum terharu sehingga terselak gigi emas di celah bibir merah sentil.

Apabila keluargaku sudah menziarah rumah pakcik dan makcikku dan kocek baju kurung ini sudah sarat dengan wang, kawan-kawan sekolah aku dan Farizah datang ke rumah kami. Ibu pun memasakkan mereka makanan untuk dijamu bersama. Kawan-kawan aku suka dengan masakan ibuku sehingga mereka menambah beberapa kali dan menjilat jari mereka. Kemudian kami bermain permainan 'playstation' sampai pukul 6 petang. Apabila mereka sedar yang senja sudah tiba, mereka bergegas pulang ke rumah sebelum azan maghrib berkumandang. Aku ketawa apabila capal Idris tersangkut di pintu rumahku lalu membuatnya terjatuh apabila dia sedang dalam keadaan kelam kabut. Walaupun hari pertamanya menyedihkan kerana bapa ditimpa kemalangan, Aidilfitri tetap mulia dan ceria selepas itu. Selamat Hari Raya!

Nur Farisah
2N2

Ahad, 5 Oktober 2008

Pentingnya keupayaan berkomunikasi dalam dua bahasa.

Tajuk: Pentingnya berkomunikasi dalam dua bahasa.
Tempat: Di McDonald, Bishan Junction 8.
Waktu: 3 petang
Watak: Ani dan Ina (pelajar Politeknik)


Ani dan Ina adalah pelajar di Politeknik Temasek. Mereka ke restoran makanan segera, McDonald, yang terletak di Bishan Junction 8 untuk membincangkan tentang tugasan mereka yang telah diberikan oleh pensyarah mereka. Tugasan yang diberikan adalah tentang identiti Singapura. Mereka harus mencari maklumat tentang identiti Singapura daripada pelbagai aspek secara mendalam.

Ani: (sambil mengigit hujung pena) Berapa agaknya aspek yang diperlukan?
Ina: Saya rasa ada empat aspek.

Ani: Apakah keempat-empat aspek yang diingini itu?
Ina: Hmmmm...empat aspek itu ialah makanan, bahasa, perayaan dan tradisi.

Ani: Jadi, mana satu yang ingin kita buat dulu?
Ina: Saya rasa kita buat tentang bahasa dahulu kerana tentang bahasa amat senang
daripada aspek-aspek yang lain.

Ani: (matanya melirik ke arah papan menu) Baik tetapi kita bincangkan selepas kita
makan tengah hari kerana saya belum sempat makan sejak pagi tadi.
Ina: (bingkas dari tempat duduknya) Baiklah. Mari kita pesan makanan.

Ani dan Ina beratur untuk memesan makanan di McDonalg. Mereka makan tengah hari sambil merehatkan minda mereka yang telah ditumpukan pada pelajaran selama setengah hri itu. Selepas makan tengah hari, mereka pun memulakan perbincangan tugasan mereka.

Ani: Kita mulakan tugas kita dengan merangka peta minda, ya?
Ina: Ya.

Ani: Kita ingin buat bahasa yang mana satu? Bahasa Inggeris, Melayu, Mandarin atau
Tamil?
Ina: Apa kata kita bincangkan mengenai bahasa Inggeris dan Melayu dahulu?
Ani: (lalu menulis di kertas)Baiklah.

Ina: Ani, saya ingin tanya satu soalan mengenai bahasa di Singapura ini kerana saya
sejak kecil tidak tinggal di sini.
Ani: Apakah yang awak mahu tanya?

Ina: Mengapa di negara ini, setiap pelajar wajib menguasai dua bahasa?
Ani: Baiklah, biar saya jelaskan. Pelajar harus belajar bahasa Inggeris supaya semua
orang yang terdiri daripada berbilang kaum dapat berkomunikasi dengan baik.
Justeru, bahasa Inggeris merupakan bahasa perantaraan di zaman moden kini.
Ina: Tetapi, saya masih tidak faham apa kena mengena komunikasi dengan bahasa
Inggeris?

Ina sebenarnya adalah seorang pelajar Indonesia yang menetap di Singapura untuk melanjutkan pelajarannyta. Ina masih tidak faham kerana di Indonesia, semua rakyatnya tanpa mengira apa bangsa dan agama berkomunikasi menggunakan bahasa Indonesia dan tidak bahasa Inggeris.

Ani: Bangsa di Singapura berbilang dan untuk meneratkan perhubungan berbilang kaum
dan mengelakkan tanggapan berat sebelah, bahasa Inggeris telah dipilih sebagai
bahasa berkomunikasi. Pemilihan ini dibuat agar tiada bangsa lain yang terasa
dikhianati atau disisirkan di Singapura. Lagi pun, bahasa Inggeris juga
merupakan bahasa perantaraan dan perdagangan di dalam dunia ini.
Ina: Ohhhh! Barulah saya mengerti mengapa kerajaan Singapura menyuruh pelajar-pelajar
mempelajari bahasa Inggeris. Saya masukkan maklumat yang awak terangkan tadi ke
dalam peta minda kita ini.

Ani: Namun begitu, kita juga tidak harus lupakan bahasa ibunda kita.
Ina: Apa itu bahasa ibunda?
Ani: Bahasa ibunda kita ialah bahasa Melayu bagi orang Melayu, Mandarin bagi bangsa
Cina dan Tamil bagi bangsa India.

Ina: Oh...mengapa?
Ani: Walaupun kita diharuskan belajar bahasa Inggeris, kita juga harus belajar
bahasa Melayu akan menunjukkan yang kita adalah seseorang Melayu yang tidak
lupakan asal-usulnya.

Ina: (terkebil-kebil) Saya tidak faham. Tolong jelaskan dengan lebih lanjut.
Ani: (menarik nafas lalu menghembuskannya perlahan-lahan) Bahasa Melayu adalah
bahasa etnik dan bahasa etnik atau ibunda ini amat mustahak dalam memupuk jati
diri seseorang.

Ina: (masih keliru) Memupuk jati diri seseorang?
Ani: Bahasa etnik akan mengajarkan kita tentang kebudayaan dan kesusasteraan bangsa
kita sendiri. Ini jelas sekali kerana semua kitab-kitab budaya dan sastera
ditulis dalam bahasa ibunda kita sendiri oleh orang-orang dahulu. Lagi satu,
bahasa etnik juga dapat menyumbang kepada dunia perdagangan.

Ina: Apa pula kena-mengena bahasa etnik dengan urusan bisnes?
Ani: Pekerja yang mahir dalam bahasa ibundanya dan bahasa Inggeris ada banyak peluang
yang terbuka untuknya. Contohnya, di sebuah syarikat yang bukan sahaja
mempunyai ramai pelanggan tetapi juga pelanggan yang terdiri daripada pelbagai
latar belakang. Si penjual pasti akan dapat meraih keuntungan jika dia dapat
mempromosikan barangnya kepada pelanggan yang boleh berbahasa Inggeris dan
pelanggan yang hanya boleh berbahasa etnik. Dengan itu, dia dapat meraih lebih
banyak keuntunga.

Ina agak terpegun dengan kebijaksanaan Ani. Walaupun Ina bijak dalam akademik tetapi Ani kelihatan amat luas pemikirannya dan pintar menebak situasi akan datang.

Ani: Lagi satu, bahasa etnik ini juga menunjukkan identiti seseorang itu apabila dia
bertutur dalam bahasanya. Ini menjadi kebanggaan seseorang itu sebagai penerus
warisan bangsanya.
Ina: Barulah saya faham tentang mengapa Singapura meletakkan undang-undang kepada
pelajar untuk belajar bahasa Inggeris dan bahasa ibunda mereka sendiri.

Ani: Awak juga harus tahu bahawa bahasa etnik tidak dipandang ringan dan merupakan
antara kriteria untuk masuk ke universiti.
Ina: (mengangguk kepalanya) Marilah kita habiskan peta minda kita ini. Saya rasa
satu aspek sahaja sudah amat mengayakan ilmu pengetahuan saya.

Dua orang sahabat itu pun menghabiskan peta minda mereka tentang peranan bahasa di Singapura sebelum lanjut ke aspek-aspek yang lain.

Rozianah Kambali
3E2

Rabu, 27 Ogos 2008

Surat Rasmi: Aduan tentang beberapa kelakuan kurang elok di Pesta Kugiran.

Moza Sendiawan
Blk 231, Toa Payoh Lor 8
#02-35, Singapura 310231
12 hb Ogos 2008
Editor
Forum Remaja
Singapore Media Holding
58 Toa Payoh North
Singapura 310058
Tuan/ Puan
Perkara: Aduan mengenai beberapa perlakuan buruk di Pesta Kugiran.
Saya, Moza Sendiawan, adalah salah seorang remaja yang telah menyaksikan sebuah pesta kugiran-kugiran remaja di Taman Belia, Orchard Rd. Pesta tersebut diadakan pada 11 hb Ogos, hari Sabtu dari jam 4 petang hingga 9 malam. Sebagai salah seorang peminat muzik tanah air, saya berasa bangga dengan adanya penampilan hebat daripada beberapa kumpulan muzik. Ini membuktikan bahawa masyarakat Singapura juga mempunyai bakat-bakat baru yang berpotensi untuk menjadi terkenal dan mengharumkan lagi arena kesenian Singapura.
Namun begitu, tujuan saya menulis surat ini adalah untuk mengetengahkan beberapa masalah yang terjadi di pesta itu. Walaupun secara keseluruhannya saya amat berpuas hati dan terhibur dengan persembahan yang ada, saya juga agak prihatin akan beberapa kegenjotan yang timbul dalam suasana hangat malam itu.
Antara masalah yang membimbangkan saya adalah sikap sesetengah penonton pesta tersebut. Umumnya, pesta sebegitu mendapat perhatian utama para remaja dan tidak dapat dinafikan bahawa sesetengah penonton yang mencacatkan suasana pada malam itu terdiri daripada remaja Melayu kita sendiri. Saya dapati remaja-remaja kita sering melontarkan kata-kata kesat tanpa segan silu. Ia seperti sudah sebati di hujung lidah mereka sehingga mereka tidak menghiraukan perasaan serta air muka orang lain. Terasa malu apabila beberapa remaja mengejek kumpulan-kumpulan yang tidak mereka gemari dengan kata-kata lucah, seolah-olah saya pun tergolong dalam golongan remaja yang kurang adab itu. Tidak cukup dengan kata-kata kesat, ada yang tergamak membaling botol-botol plastik ke pentas atau ke gadis yang mereka ingin sangat mendapatkan perhatian.
Selain itu, ada juga golongan remaja yang terdiri daripada pasangan kekasih telah bercumbu-cumbuan di depan khalayak ramai tanpa segan silu. Perbuatan ini amat kurang manis dipandang umum terutama sekali jika remaja itu sendiri beragama Islam. Ada juga di kalangan gadis bertudung yang tidak menghiraukan keadaan sekeliling lalu bermesra dengan intim bersama teman lelaki mereka. Ini tentu sekali bukan sahaja akan menconteng arang kepada nama Melayu tetapi juga imej masyarakat Islam bak kata pepatah, kerana nila setitik rosak susu sebelanga.
Oleh itu, saya berharap sekali apa yang saya tuliskan ini dapat disampaikan dalam akhbar agar dapat memberi kesedaran pada semua umat Islam dan orang Melayu. Dengan mengetengahkan permasalahan ini, saya pasti kesedaran akan timbul dan mungkin solusi akan dapat dicari bersama untuk menangani gejala sosial ini. Mungkin juga pihak media boleh menulis sebuah artikel tentang kepentingan menjaga adab di tempat awam dan pesta-pesta kugiran. Selain itu, mungkin pihak media boleh menekankan kepentingan sikap tanggungjawab para penganjur untuk memperingatkan adab penonton ketika menonton sebarang persembahan.
Saya pasti dengan penglibatan masyarakat dan pihak media, kita boleh menangani masalah ini bersama dengan cara baik bagai menarik rambut dalam tepung, rambut tak putus dan tepung tak berselerak. Akhir sekali, saya mohon maaf jika ada kata-kata saya yang mengguris perasaan.
Sekian, terima kasih.
Yang benar,
Moza Sendiawan
Nur Syafiqah Samsudin
4N3

Isnin, 25 Ogos 2008

Senja kian merangkak pergi...

Senja kian merangkak pergi. Matahari perlahan-lahan memberi ruang kepada Sang Bulan menerangi kegelapan malam. Begitulah peraturan alam ciptaan Tuhan. Namun, segalanya berubah dengan hanya sekelip mata apabila seseorang yang amat aku sayangi dan harapkan dapat berada di sampingku sehingga aku dewasa, telah pergi meninggalkan dunia buat selama-lamanya. Harapanku hancur bagai kaca berderai terhempas ke lantai. Kini, aku tinggal sebatang kara. Kedua ibu bapaku telah lama meninggal dunia dua tahun yang lalu akibat kemalangan di jalan raya. Kemalangan yang meletupkan kenderaan yang dinaiki mereka telah meragut perlindungan dan tempat aku bergantung. Sekarang ini, nenek pula yang pergi. Apalah daya aku sebagai insan kerdil.

Air mata yang bertakung di kelopak mata mulai mengalir. Biji mataku amat merah sekali mencerminkan luka di sanubari. Aku sandarkan tubuh kecil dan layu ini ke tembok. Hatiku amat sebak sekali dan pedih seperti terkena sembilu yang tajam. Fikiranku tidak tenang dan waktu itu, aku bagaikan seseorang yang hilang akal kerana termenung jauh.

" Diana, bersabarlah nak. Haruslah kamu tabah kerana yang pergi tidak akan kembali, tetap akan pergi," kata jiranku, Makcik Ayu.

Aku tersentak daripada lamunanku. Tangan Makcik Ayu menepuk lembut bahuku. Aku tidak sedar bahawa orang ramai telah pum pulang daripada majlis pengebumian itu. Kini yang tinggal hanya diriku, kawan sekolahku dan Makcik Ayu. Dengan suara yang serak setelah meraung pemergian yang dikasihi, aku membalas lembut. " Diana hanya tinggal sebatang kara Makcik Ayu. Semua telah pergi tinggalkan Diana."

Aku terlalu emosi lalu menangis lagi. Aku tidak dapat menahan kesedihan ini. Fikiranku melayang ke malam sebelum pemergian nenek. Baru sahaja masuk ke dalam bilik nenek dengan dulang berisikan air suam dan ubat doktor, aku dapati nenek sedang tidur lena. Bila didekati untuk mengejutnya, badannya terasa lain dan nadinya tidak berdenyut. Aku terus menjerit nama nenek aku sekuat-kuat seperti ingin rohnya kembali ke jasadnya. Aku mendakapkan kepalanya ke dadaku. Begitulah perasaan aku, sedih bercampur terperanjat. Tiba-tiba gelap seluruh dunia dan yang aku ingat, hanyalah sekujur tubuh yang sudah dikafankan di dalam bilik nenek menjemput pandangan mataku. Terhidu bau kemenyan dan wangi-wangian bunga. Aku seolah-olah terlihat kelibat Allayarham bapa dan ibuku menjemput nenek yang berpakaian serba putih. Mereka kemudian saling bersenyuman kepada aku lalu hilang begitu sahaja. Adakah aku bermimpi atau aku berkhayal?

Tiba-tiba di hati ini tercuit rasa alangkah gembiranya aku jika mereka semua masih hidup. Betapa bahagianya aku jika mendapat segulung ijazah kejayaan dalam hidup dengan mereka sebagai saksi. Namun, kegembiraan yang aku ingini hanyalah tinggal angan-angan. Aku harus berdikari dan bersyukur kepada Tuhan bahawa mereka sudah berada di samping Tuhan. Lembaran di dunia yang pancaroba sudah berakhir. Kini masa aku, aku tidak boleh menderita dan meraung pemergian mereka buat selama-lamanya. Perjalanan hidup aku masih panjang dan aku akan tetap bertungkus lumus mendapatkan ijazah di menara gading. Perlahan-lahan aku mengorak semangat dalam hati ini dan berdoa agar Allah membimbing aku serta mengampunkan dosa-dosa ibu bapa aku dan nenek aku serta masukkan merteka dalam golongan orang yang beriman.
Amin.

Sharifah Nur Farhana
4N3
_________________________________________________________
Senja kian merangkak pergi. Matahri menghilang perlahan-lahan memberi ruang kepada Sang Bulan menerangi kegelapan malam. Begitulah peraturan alam ciptaan Tuhan. Namun semua itu tidak dihiraukan abang aku. Bagi aku kehidupan yang sekali ini perlu dimanfaatkan dengan menjadi khalifah seperti yang tercatat dalam Surah Al-Baqarah ayat 30 tetapi abangku lebih mengisinya dengan kemungkaran.
Abang tidak pernah sekali pun membuat kerja yang dapat membantunya di akhirat nanti. Dahlah tikar sembahyang tidak pernah dicium, hendak membahagiakan keluarga jauh sekali. Abang lebih senan membuat perkara yang mengaibkan dirinya sendiri serta nama baik keluarga. Walaupun abang tahu akan jerih payah emak membesarkan kita semua, dia tidak sedar di dalam hatinya sehingga tergamak dia menconteng arang ke muka emak. Ayah? Ayah langsung sepertia tiada gunanya dalam keluarga kerana tidak pernah menguruskan keluarga. Malah, membantu emak pun tiada langsung. Bagaikan tunggul kayu yang tiada gunanya tetapi hanya mencukupi syarat adanya ayah dalam semua bentuk keluarga yang norma.
Aku jelas sekali adalah seorang anak daripada sebuah keluarga yang sederhana. Emak berkerja bagai pipit pekak makan di hujan setiap pagi hingga petang. Itu pun bagaikan kais pagi makan pagi dan kais petang makan petang. Abang yang baru menamatkan perkhidmatan negara itu seperti mengikut perangai buruk ayah. Mungkin ada benarnya mana lagi kuah hendak tumpah kalau tidak ke nasi. " Kenapa kau sanggup buat emak begini?" kata emak dengan penuh kehampaan apabila ternampak badan abang dikotori tatu.
Tanda tanya besar dilemparkan emak tetapi abang hanya terdiam bisu, begitu juga kami adik beradik di dalam bilik. Di hati emak, entah apa kurangnya atau khilafnya didikan yang selama ini dia berikan sehingga abang sanggup melanggar perintah agama.
Pada saat dan detik itu, aku berjanji pada diriku ini bahawa aku tidak akan pernah mahu mengecewakan emaka. Emak adalah wanita yang kuat dan tabah menghadapai segalanya. Dia tidak pernah merungut dan menyimpan masalah di dalam hati kerana tidak mahu memukul canang menghebohkan aib keluarga. Kekecewaannya hanya diluahkan dengan linangan air mata yang membasahi sudut bantal setiap malam. Mana mengenangkan nasibnya mempunyai suami yang tidak bertanggungjawab dan kini, anak lelakinya yang perlahan-lahan terpesong dalam arus kesesatan. Kasihan emak. Andai satu hari dia pergi, pasti aku akan terasa sekali kehilangannya kerana dialah tongkat kehidupan kita adik-beradik.
Aku mengesot ke sebelah emak lalu aku sisipkan sebuah kad buatan sendiri. Dalamnya tersurat kata-kata yang aku harap dapat menenangkan hati emak. Emak, aku hanya ingin engkau tahu bahawa engkau adalah wanita ciptaan Tuhan yang paling sempurna walaupun kehidupanmu tidak sempurna. Walaupun ayah tidak menghiraukan kami, engkau tidak mengikut tindakan ayah dan sebaliknya engkau mencapai taki kemudi dan memikul tanggungjawab berat ini seorang diri. Hanya Tuhan yang mengetahui betapa terhutang budinya kami terhadap emak. Emak, aku janji yang aku akan membuat kamu sebagai seorang wanita yang paling bahagia pada suatu hari nanti. Doakan aku ya emak dan usahlah engkau menangis lagi. Lantas aku mengucupi dahi emak yang sedang lena dibuai mimpi.
Siti Syakilla Othman
4N3

Khamis, 14 Ogos 2008

Aduan tentang pengguna jalan raya- Cikgu Liza

Azri bin Ahmad
Blok 206 Seruling Crescent
#14-567
Singapura 750206

14hb Ogos 2008

Editor
Akhbar Sinar Pagi
21 Jalan Perkasa
Singapura 659840

Tuan,
Perkara: Aduan mengenai sikap tidak bertanggungjawab sesetengah pengguna
jalan raya.

Salam sejahtera saya ucapkan pada pihak Tuan. Tujuan saya, Azri bin Ahmad, melayangkan surat ini adalah untuk mengemukakan beberapa isu keselamatan jalan raya yang semakin diremehkan pada akhir-akhir ini. Saya ialah seorang bekas polis trafik yang kini sedang menghabiskan usia persaraan saya menjaga cucu-cucu saya yang belajar di sekolah rendah. Kekhuatiran saya akan keselamatan cucu-cucu saya telah menguja saya untuk mengajukan keprihatinan saya kepada pihak media agar ia dapat menyedarkan masyarakat Singapura.

Dalam warkah ini, saya ingin mengetengahkan beberapa perkara yang amat membimbangkan. Oleh kerana malang tidak berbau, saya berasa bahawa sudah menjadi satu kewajiban bagi setiap insan untuk mengingatkan yang lain setelah kita sendiri mengalami beberapa ugutan kemalangan jalan raya.

Pertama, saya dapati semakin ramai pejalan kaki terutamanya golongan remaja yang sesuka hati menyeberang tanpa menggunakan kemudahan dan keselamatan lampu trafik. Dalam perjalanan saya menghantar cucu-cucu saya ke sekolah, saya dapati bahawa para pelajar sekolah menengah yang berdekatan langsung tidak menghiraukan keadaan jalan raya yang berpusu-pusu mengejar lampu merah. Beberapa kali, saya menyaksikan beberapa orang pelajar yang hampir dilanggar kerana kelalaian mereka sendiri. Hampir diserang sakit jantung saya dibuatnya. Perbuatan tidak bertanggungjawab ini juga membimbangkan saya jika ada murid-murid sekolah rendah, yang tidak dihantar oleh orang dewasa, bakal mengikuti contoh merbahaya ini.

Kedua, sikap orang ramai yang tidak berjalan di dalam kotak lintasan ketika menyeberang. Bagi saya ini merupakan perbuatan yang amat merbahaya sekali kerana kotak lintasan bergaris putih terang ada tujuan keselamatannya. Garis putih itu bukan sahaja sebagai tanda had bagi pejalan kaki tetapi juga merupakan garisan had bagi para pemandu kenderaan untuk tidak melepasi garisan tersebut apabila lampu trafik berwarna hijau. Seandainya nasib tidak menyebelahi pejalan kaki yang melintas di luar had putih itu, pasti akan dilanggar oleh kenderaan yang cuba hendak berhenti di garisan putih itu. Lebih mengerikan lagi jika si pejalan kaki memotong jalan raya untuk mengejar lampu hijau lalu dilanggar oleh kenderaan yang dalam proses berhenti sebelum garis putih.

Ketiga merupakan masalah sikap para pemandu kenderaan yang tidak mematuhi undang-undang jalan raya. Memang waktu pagi ialah waktu setiap orang berkejar untuk ke pejabat atau tempat kerja tetapi ini tidak bermaksud mereka harus mengabaikan keselamatan pejalan kaki dan juga diri mereka. Beberapa kali, saya nampak kenderaan pick-up dan motorsikal yang cuba memotong lampu merah atau mencuri-curi jalan antara para penyeberang jalan raya. Situasi ini menambahkan fobia saya untuk membiarkan cucu-cucu saya pergi ke sekolah sendiri. Sikap mementingkan diri sendiri hanya akan membawa lebih bahaya pada diri dan juga orang lain.

Di atas merupakan antara kebimbangan saya. Sikap mementingkan diri sendiri dan juga mengambil undang-undang keselamatan sambil lewa tidak patut dijadikan budaya harian kehidupan masyarakat kita terutama di kalangan remaja. Bagi saya, kemalangan jalan raya boleh dikurangkan jika semua mengambil langkah-langkah bertangungjawab. Saya rasa pihak sekolah boleh menggajikan penjaga jalan raya untuk memantau disiplin para pelajar dan murid di jalan raya berdekatan. Para majikan juga harus menitikberatkan pepatah ‘biar lambat asal selamat’ agar para pekerja menyedari kepentingan tanggungjawab di jalan raya. Akhir sekali, saya menyeru agar semua rakyat Singapura bersatu padu mengelakkan sikap kurang elok di jalan raya supaya kehidupan kita bukan sahaja aman dan damai tetapi terselamat daripada kecuaian dan sikap negatif diri kita sendiri.


Yang benar,
Azri bin Ahmad.

Surat permohonan pekerjaan.




Md. Luthfi Bin Mohd. Zain
Blk 81B, Lor 4 Toa Payoh
#04-418, Singapura 312081

26hb Mac 2010

Eksekutif Pemasaran
Syarikat Goodwell
59 Jalan Bayam
Singapura 60059

Tuan,
Perkara: Permohonan jawatan penyambut tamu Syarikat Goodwell.

Saya, Md. Luthfi Bin Mohd Zain, ingin meminta permohonan pekerjaan sebagai penyambut tamu di syarikat Goodwell. Saya mengetahui akan adanya jawatan kosong ini menerusi lelaman jaring : MOCCA.COM. Saya mengambil keputusan untuk mendapatkan pekerjaan tersebut kerana ingin meningkatkan diri dalam bidang servis kepada pelanggang dan menyinar di dalam syarikat anda. Di bawah, ada tercatat butiran lanjut tentang pendidikan dan kebolehan saya dalam menerajui jawatan tersebut.

Pengenalan diri
Nama: Md. Luthfi Bin Mohd. Zain
No. Kad Pengenalan/ Passport: S91XXX29G
Tarikh lahir: 26hb Jun 1991

Pendidikan

Institusi Waktu Pembelajaran Sijil Pendidikan
Madrasah Al-Arabiah Peperiksaan Akhir
Al-Islamiah 1998-2000 Darjah Tiga

Madrasah Wak Tanjong Peperiksaan Tamat
Al-Islamiah 2001-2005 Sekolah Rendah

Sekolah Menengah Peperiksaan Peringkat
Pertama Toa Payoh 2006-2009 Normal (2008) Peperiksaan Peringkat
Ordinari (2009)


Kegiatan Luar Darjah/ Penglibatan diri di sekolah

1. Sekolah Madrasah Al-Arabiah
1998- 1999: Menganggotai Kelab Lukisan Peringkat Rendah
1999:- Menyertai Pertandingan Lukisan APAD
- Memenangi tempat pertama
- Menjadi Ketua kelab Lukisan hingga tahun 2000

2. Sekolah Madrasah Wak Tanjong
2001-2005: Menjadi pengawas sekolah
2002-2005: Menjadi ketua darjah
2002-2005: Menganggotai Kelab Tarian

3. Sekolah Menengah Pertama Toa Payoh
2006-2009: Menjadi ketua darjah
2007-2008:- Menjadi pengawas sekolah
- Menganggotai kelab memanjat tembok (Rock-clinbing)
- Menganggotai Kelab Obor dan dilantik sebagai ketua
2009: Memasuki Pertandingan Bahasa 4PM anjuran Saluran Suria dan
menjadi Pembahas Terbaik

Kualiti/Sifat yang dimiliki

1. Bijak berkomunikasi dalam pelbagai bahasa iaitu; Melayu, Inggeris, Cina dan Arab.
2. Berupaya mengorganisasikan masa dan apa jua pekerjaan agar berjalan dengan lancer.
3. Berketrampilan kemas, segak dan bergaya.
4. Berpegang teguh pada sikap profesionalisma dan juga etika bekerja.
5. Berani menempuh cabaran dan mencuba sesuatu yang baru.

Diharap butiran yang diberikan dapat membantu pihak Tuan mempertimbangkan kebolehan saya sebagai pekerja sepenuh masa di syarikat Tuan. Saya pasti yang Tuan tidak akan menyesal menggajikan saya kerana walaupun saya masih hijau dalam pengalaman, darah muda saya membuktikan kecekapan saya dan juga kebijaksanaan saya mempelajari segala yang diajar dengan cepat. Saya akan pastikan bahawa syarikat Tuan akan berjaya dan dapat ramai pelanggan melalui layanan baik saya. Jika ada sebarang pertanyaan, pihak Tuan bolehlah menghubungi saya di talian 006-62513545.

Yang benar,
Md. Luthfi Bin Mohd.Zain
4N2

Rabu, 13 Ogos 2008

Remaja terlalu muda untuk mengenal erti cinta. Berikan pendapat.



Karangan 1


Cinta ialah perasaan yang boleh dirasai dan terlalu dalam untuk diungkapkan dengan kata-kata. Cinta hadir dalam diri seseorang tanpa diundang dan ia mengajar erti kasih-sayang, kebahagiaan, kesetiaan, pengorbanan, kejujuran dan tanggungjawab. Remaja pula ialah golongan yang berusia antara 13 hingga 20 tahun dan di situlah berlakunya proses pematangan. Cinta itu luas dan tidak semestinya hanya sesama kekasih. Semua golongan boleh mengenali apa itu cinta tetapi bukan erti cinta.

Pada usia belasan tahun, remaja masih perlu menumpukan perhatian dalam pelajaran kerana ia lebih utama. Mereka masih perlu mencapai cita-cita demi kehidupan pada masa hadapan. Cinta boleh menyebabkan seseorang asyik gila bayang dan mengurangkan konsentrasi ketika belajar. Hal ini seterusnya akan menyebabkan keputusan pelajaran merosot lalu mengugut kecemerlangan masa depan. Ibu bapa pula akan berasa kecundang dengan anaknya.

Selain itu, cinta remaja acap kali digelar sebagai ‘cinta monyet’ yang tidak berkekalan sehingga ke akhir hayat. Kata-kata cinta hanyalah bagaikan angin yang berlalu. Remaja bercinta hanya untuk mengisi waktu senggang dan bersuka ria. Ada pula membuat tafsiran yang salah tentang erti cinta lalu terjebak ke kancah kehinaan.

Dalam pada itu, remaja juga terlalu mentah untuk memikul tanggungjawab. Dunia cinta remaja hanyalah sekadar menghantar pesanan ringkas seperti ‘I love you’, makan angin dan memberi sesuatu pada hari-hari istimewa. Itu bukanlah erti cinta yang sebenar. Remaja baru setahun jagung untuk memahami erti bersatu dan sentiasa bersama dalam apa jua keadaan.

Di samping itu, remaja masih belum mampu menyara dirinya sendiri apatah lagi pasangannya. Mereka tidak mempunyai gaji dan pekerjaan yang stabil untuk menanggung perbelanjaan. Contohnya, teman lelaki tidak mempunyai wang sendiri untuk menguruskan makan minum kekasih. Takkan hendak bergantung kepada ibu bapa untuk bersuka ria dengan kekasih. Sungguh mengaibkan.

Konklusinya, sebagai insan biasa, setiap manusia pasti akan jatuh cinta tetapi remaja bukanlah usia yang sesuai. Seyogia, mereka haruslah menumpukan perhatian kepada pelajaran. Remaja tidak perlu mencari cinta sekarang untuk membina mahligai rumahtangga yang masih jauh lagi dari pandangan.

Sariha Abdul Sukkur
3E1
_____________________________________________________
Karangan 2

Cinta, istilah yang selalu bermain di minda setiap manusia. Perkataan ini seolah-olah sudah lazim kepada remaja-remaja sekarang. Bahkan, ia boleh menjebak para remaja ke alam rumahtangga apabila berlakunya kehamilan di luar nikah atau ditangkap basah oleh badan agama. Melalui kejadian-kejadian ini, ramai yang bertanggapan cinta remaja hanyalah cinta buta atau bermatakan hawa nafsu saja. Namun, apakah pandangan sebenar remaja-remaja sekarang terhadap cinta?

Remaja-remaja sekarang perlu bersikap positif terhadap cinta. Sikap positif ini bererti berterus terang dan menggunakan pengaruh yang positif dalam bercinta. Pengaruh positif yang dimaksudkan adalah mendorong satu sama lain dalam bidang pelajaran agar dapat mencapai cita-cita dan mendirikan rumahtangga yang kukuh kelak. Remaja juga wajar mengelakkan diri daripada melakukan hubungan seks atau perkara yang melanggar ugama kerana ini sama sekali bererti yang remaja tidak tahu menghormati pasangan mereka serta diri mereka sendiri.

Pada pandangan saya, remaja yang kini berada di peringkat usia ‘awal’ dewasa atau menjalani proses pematangan boleh merasakan alam percintaan. Lagi pun, bukankah cinta itu salah satu unsur kematangan dan disebabkan usia remaja adalah usia pembelajaran, mengapa tidak cinta menjadi sebahagian pengajaran hidup bagi remaja? Melalui cinta, remaja boleh merefleksi diri mereka iaitu sama ada mereka sudah matang atau pun masih keanak-anakan. Jadi tidak adillah untuk membanteras percintaan di kalangan remaja hanya kerana pada tanggapan orang dewasa yang remaja ini terlalu keanak-anakan untuk bercinta. Alasannya, lihat sahaja kadar penceraian orang dewasa atau telatah buaya darat sesetengah orang dewasa yang bersifat seperti anak remaja baru naik. Jadi, orang dewasa ini pun ada yang tak betulnya.

Lalu kesimpulannya, untuk mengatakan bahawa remaja terlalu muda untuk mengenal erti cinta tidaklah seratus peratus dipersetujui. Ini kerana secara semula jadinya, manusia semuanya sudah diperkenalkan erti cinta sejak kecil lagi atau sejak di dalam kandungan ibu. Jikalau Tuhan tidak membataskan pengetahuan kepada insannya, mengapa perlu manusia mendiskriminasi apa yang perlu dikenali dan diketahui oleh setiap manusia.

Muhd An-Naafi Bin Yusof
3E3

Selasa, 12 Ogos 2008

Kita harus membanteras terrorisma.



Terlepasnya Mas Selamat dari Pusat Tahanan Whitley telah mengecohkan keadaan Singapura yang aman damai ini. Kelihatan makin ramai polis berjaga-jaga di setiap pelosok pulau ini kerana kerajaan Singapura tidak mahu berlakunya sebarang ancaman atau pengeboman oleh kumpulan Jemaah Islamiyah. Isu terrorisma dipandang serius oleh banyak negara terutama sekali Singapura.

Terrorisma ialah perosakan ekonomi, politik dan sosial negara demi mencapai penguasaan ideologi kumpulan-kumpulan pengganas. Ingatkan anda kepada Hitler? Hitler juga merupakan salah satu anggota terroris yang cuba menguasai dunia dan membunuh ribuan masyarakat Yahudi yang dipandang hina itu.

Terrorisma beraksi dengan menyerang kuasa kerajaan melalui ekonomi dan sosial. Pengeboman infrastruktur pastinya satu cara yang mudah untuk menyerang politik sesebuah negara. Ini kerana ia bukan sahaja membuat negara itu rugi berjuta-juta dolar tetapi juga memutik perasaan takut atau fobia di kalangan rakyat. Ramai pasti akan takut untuk keluar bekerja. Ada pula yang menarik balik semua perjanjian perdagangan kerana khuatir syarikatnya akan dibom. Apabila pembatalan pelaburan oleh wisatawan asing dan pengangguran bermaharajalela, sudah pasti ekonomi negara merosot.

Apabila sesebuah negara diserang terrorisma, rakyat pasti akan merasa tidak aman. Mereka akan sewenang-wenangnya menuding jari kepada kerajaan kerana tidak bersifat berjaga-jaga. Rusuhan mungkin akan berlaku dan pasti akan lahirnya pelbagai parti politik yang lain untuk mengambil alih kuasa kerajaan. Bak kata pepatah, jong pecah yu kenyang.

Selain itu, banyak orang yang kehilangan pekerjaan. Rakyat yang mempunyai saudara mara yang terkorban dalam pengeboman atau serangan pengganas pasti akan berdendam. Ini mungkin juga akan mengakibatkan ketegangan antara kaum dan agama kerana stereotaip. Yang berjambang seperti Osama Laden, pasti terroris walaupun dia hanyalah seorang benggali penjual roti bai. Yang pendek dan berkulit sawo matang seperti Mas Selamat pasti terroris walaupun dia hanyalah pekerja kontrak dari Batam.

Jadi, sebulat suara saya mengatakan bahawa terrorisma perlu dibanteras segera mungkin. Sekuriti harus dipertingkatkan dan juga pendidikan mengenai terrorisma harus disebarkan. Negara-negara dei seluruh dunia juga wajib bersatu padu membanteras terroriosma kerana isu ini bukan hanya merosakkan kehidupan kita tetapi kehidupan manusia sejagat. Ingat selalulah berwaspada dan jangan ambil sambil lewa kerana anda fikirkan yang anda tidak akan menjadi mangsa terrorisma.

Kevin Ignasius

3E1

Isnin, 11 Ogos 2008

Sebuah kisah yang aneh.


Sudah tiga minggu aku memasuki perkhidmatan negara.Seronok juga kerana dapat berdikari dan dapat berkenalan dengan anggota lain.Namun begitu,ada juga pengalaman pahit dan mengerikan yang aku lalui.

"Sekarang sudah sampai masanya untuk kita berangkat ke Pulau Tekong untuk menjalani latihan iaitu gali lubang kubur sendiri,"ujar komando saya Encik Othman,dengan hilaiannya seperti seekor setan betina.Sebaik sahaja kami tiba di pulau itu,kami diarahkan untuk membina khemah sementara.Aku melihat jam tanganku dan waktu menunjukkan tepat jam dua belas tengah hari.Tugas aku hanya akan bermula pada jam enam dan aku harus menunggu enam jam lagi untuk menggali lubang kuburku,hatiku berdetik lalu aku mendenguskan keluhan dari mulut.Salah seorang temanku mencadangkan untuk menghabiskan masa senggang kami dengan bermain'permainan roh'.Permainan roh adalah sebuah permainan yang menyeru roh orang mati untuk menjawab pertanyaan masa depan.Kami mula membentuk satu bulatan besar yang mengelilingi sehelai kertas sebak.


"Roh permainan,roh permainan mari bermain dengan kami,"seru Mat.


Tiba-tiba, syiling dua puluh sen yang disentuh oleh kami berlima bergegar lalu bergerak di atas kertas.Kami pun memulakan permainan itu.Semakin lama kami bermain semakin khusyuk dan 'melekat' kami kepada permainan itu.Kerana khusyuk bermain,kami tidak menyedari bahawa sekarang sudah pukul lima lima puluh tiga petang.Kami terpaksa menghentikan permainan secara tiba-tiba walaupun roh itu tidak mahu berhenti bermain. Apa yang boleh kami buat?Kami pun beredar dengan cepat untuk menjalankan aktiviti perkhidmatan negara sebelum terdengar suara Tarzan Othman menjerit.Tetapi, kami tidah menyangka bahawa roh itu akan menghantui kami kerana kami meninggalkannya begitu sahaja.


Dalam latihan itu,kami disuruh berpasangan untuk menuju ke lokasi yang diarahkan.Kami menggali dan terus menggali sehinggalah saya dan Mat terdengar suara seperti anjing menyalak sayup. Setahu saya di pulau Tekong mana ada anjing, babi hutan adalah.


Sejurus selepas itu,sehelai kain putih tiba-tiba melepasi kepala kami berdua.Bulu romaku meremang dan dengan segera kami menyalakan lampu keselamatan yang diberikan untuk menandakan bahawa kami dalam kesulitan.Tidak lama kemudian,komando kami datang untuk memeriksa lalu dia berkata,"Kenapa bayang-bayang kalian adanya tiga sedangkan kalian berdua sahaja?"


Kami memandang ngeri satu sama lain. Peluh sejuk mengalir ke tubuh dan dahi kami. Perlahan-lahan, kami tinggalkan tempat itu bersama komando kami yang juga mulai terasa takut melihat bayangan itu.


Keesokkan harinya;alangkah terperanjatnya kami yang Mat sudah pun meninggal dunia akibat serangan jantung tiba-tiba.Kami mengesyaki kematian Mat ada hubungannya dengan 'permainan roh' yang kami bermain tempoh hari.Sejak kejadian itu,kami tidak pernah bermain permainan roh itu lagi kerana ia boleh membawa maut.Lagipun, ia kurafat.


12 Ogos 2008

Yusoff 2N2