Rabu, 6 Mei 2009

Darmawisata Hari Pertahanan Mutlak.


Pada Hari Pertahanan Mutlak, iaitu pada tanggal 15 hari bulan Februari 2009, semua pelajar-pelajar Sekolah Menengah Pertama Toa Payoh pergi berdarmawisata ke pelbagai tempat untuk kita mempelajari lebih tentang kepentingan hari Pertahanan Mutlak. Lawatan ini dirancang oleh guru-guru sekolah dan merupakan acara yang besar pada setiap tahun.


Pada tahun ini, para pelajar menengah dua dibawa ke tempat berlakunya pertempuran antara askar British dan askar Jepun. Tempat yang kami kunjungi ialah sebuah kubu yang terletak di kawasan Bukit Timah dan juga di Kilang Ford. Kubu yang kami lawati itu amat seram kerana di sana ada banyak patung yang menyerupai askar-askar yang sudah lama tiada. Patung-patung itu pula boleh bergerak dan bercakap jika kita menghidupkan suisnya. Kami tidak sahaja dapat melihat gambaran situasi dalam kubu itu ketika peperangan, kami juga dapat mempelajari tentang betapa kejamnya askar Jepun dahulu terhadap tawanannya dan juga rakyat-rakyatnya sendiri. kami mengetahui tentang semua perkara ini daripada seorang wanita tua yang menjadi pembimbing lawatan kami. Wanita itu sangat bijak dan semua kejadian yang telah lama berlaku itu seperti masih segar di dalam ingatannya. Dia juga dapat menjawab sebarang pertanyaan daripada pelajar-pelajar menengah dua.


Kami juga tidak terlepas peluang untuk mengetahui apakaha yang telah dilakukan kepada orang orang-orang yang telah dipenjarakan oleh askar Jepun. Orang-orang yang dipenjarakan ini sebenarnya tidak melakukan apa-apa kesalahan tetapi mereka tetap ditangkap dan disiksa dengan begitu kejam sekali. Ada yang dibenamkan mukanya ke dalam tempayan berisi air, ada yang disiksa dengan kuasa elektrik dan ada yang dibiarkan kebulur. Saya berasa sangat sedih apabila mengetahui tentang semua sejarah hitam Singapura.


Selain berseronok dan mendengar kisah-kisah menyentuh perasaan itu, kami juga harus mengumpul maklumat untuk projek kami. Saya dan ahli-ahli kumpulan saya telah mengumpulkan banyak informasi tentang tempat-tempat bersejarah itu dan kami juga telah mengambil beberapa gambar sebagai memori kawatan kami ke sana.


Selesai lawatan, kami pun menaiki bas untuk pulang ke sekolah. Setibanya di sekolah, ada beberapa kawan-kawan saya daripada menengah atasan menanyakan tentang lawatan saya dan juga pengalaman saya di sana. Saya dengan bangga menceritakan tentang pengalaman dan pengajaran yang saya timba daripada lawatan itu. Saya berasa sungguh gembira dan berpuas hati setelah mengetahui banyak perkara tentang sejarah Singapura. Saya juga berasa sedih tetapi bersyukur kerana Singapura sudah aman sekarang dan tiada peperangan. Tidak sabar rasanya untuk kesempatan mengunjungi tenpat-tempat bersejarah lagi pada tahun depan.


Nursyahirah Rosman

2E2

Sajak: Neraca



Neraca oh neraca
Lambang Keseimbangan
Lambang Keadilan
Seratus peratus sukar dicapai tangan
Hanya fikiran yang matang dan rasional
Menjadi penentu kebahagiaan


ADIK:
Pedihnya hatiku!
Ke mana hilangnya neracaku?
Ke mana perginya kebebasanku
Dan kepercayaan yang aku idamkan?
Mengapa perasaanku dan kehendakku
Tidak pernah engkau endahkan?
Kenapa?

Mana perginya keadilan?
Siapakah aku?
Apakah aku bukan anak kandungmu?
Atau aku anak jalanan
Yang kau pungut?
Mengapa kasih sayangmu berbelah bagi?

Sakitnya hatiku!
Kakak! Kakak! Kakak!
Pergi balik hidup mati Kakak!
Kakaklah bidadari, Kakaklah permata hati
Aku? Aku hanyalah kaca yang tidak berharga
Tidak pernah aku dipuji
Tidak pernah aku dibanggakan
Tidak pernah aku diberi kesempatan
Tiada belaian kasih bagiku
Tiada kebebasan bagiku
Tiada kasih sayang dan perasaan cinta bagiku
Hanya Kakak! Kakak! Kakak!
Di mana neracaku? Di mana?
Di mana ibu?
Di mana ayah?
Di manakah keadilan itu?

KAKAK:
Adik
Aku pun bingung
Hatiku panas, membara
Mengapa aku tidak boleh buat
Keputusan aku sendiri?
Mengapa?

Aku ketepikan keinginanku
Aku ikut semua kehendakmu
Demi kebahagiaanmu
Demi kebahagiaanmu ibu
Demi kebahagiaanmu ayah
Tapi apa yang aku dapat?
Hanya segulung ijazah untuk kebanggaanmu?
Bila aku boleh buat pilihanku sendiri?
Bila?

Aku tidak pernah gagal lakukan
Apa yang disuruh
Semuanya aku kerjakan bersungguh-sungguh
Aku berkorban
Aku capai kecemerlangan
Tapi bagaimana dengan minat aku?
Kebahagiaan aku?

Di mana neraca bagi diriku
Adakah ini yang dipanggil keadilan?

BAPA:
Diam! Biadap kau!
Anak durhaka!
Dituduhnya aku tidak adil?
Tidak adil menjalankan tanggung jawabku sebagai seorang ayah?
Buktikan
Aku perah keringat siang dan malam
Untuk suap makanan ke mulutmu
Aku sediakan tempat berteduh
Aku berikan pendidikan duniawi dan ukhrawi
Apa lagi yang kau mahu?
Aku ini ayahmu!
Tergamak kau katakan aku tidak adil!

Jika kubiarkan dikau
Habis hanyut perginya
Jika kutambat dikau
Habis aku dibencinya

Berdesing telingaku
Dihiris hinaan dan fitnah
Aku tak tahu jaga anak?
Lebih senang jaga lembu sekawan
Daripada jaga anak seorang
Kerana nila setitik rosak susu sebelanga
Apa kau faham neraca yang aku hadapi?
Sayang anak tangan tangankan
Sayang isteri tinggal tinggalkan

Kau sangka aku berlaku tidak adil?
Pernah kau tanya anakku
Mengapa tindakanku begitu?
Tanya dirimu
Cermin dirimu
Jawapannya tersemat di sanubarimu

Jangan lemparkan tuduhan melulu
Siasat dahulu
Kelak kau ketemu
Jawapan yang ditunggu-tungguKau akan memahami kedudukanku

TEMAN:
Teman
Aku juga berhadapan dengan neraca
Dalam pergaulan
Aku tersepit di tengah-tengah
Membuat aku lelah
Dan kadangkala pasrah

Jika dituruti pengaruhmu
Yang menduga kecekalan hati
Akan terjerumus ke kancah yang tiada henti

Namun jika keingkaran
Yang kupilih
Aku disisih dan tidak dirapati
Membuatkan aku pedih hati
Sakit sekali!

Fikiranku berkecamuk
Neraca yang ada
Rasanya ingin kutumbuk
Bagaimana harus aku imbangkan neraca
Agar persahabatan terjalin sentiasa?

MASYARAKAT I
Melepak saja yang kamu tahu
Merayau-rayau tanpa hala tuju
Membuat bising tanpa menentu
Setiap hari tanpa jemu
Memekakkan telinga
Menyakitkan hati selalu

Tanggapan negatif sering datang bertalu-talu
Pandangan masyarakat serong selalu
Setiap kelakuan tidak ada yang setuju
Hanya lemparan kata-kata nista menusuk kalbu

Setiap hari kesabaran diuji
Hinggakan batasan dilampaui
Masalah perlu ditangani
Supaya tidak menyesal di kemudian hari

MASYARAKAT II
Salahkah mereka bersenang-senang?
Bersantai selepas sekolah
Rehatkan minda fikiran tenang?
Mereka juga perlukan neraca
Untuk harungi hidup yang serba goyah

Mereka juga manusia biasa
Perlukan ruang dari masa
Ke semasa
Cuma cara mereka berbeza
Tapi tidak bermaksud
Mereka sampah

Remaja golongan istimewa
Perlu imbang masa bak neraca
Jika pelajaran hanya tumpuan mereka
Kelak jadi warga yang bermasalah
Tidak tahu bergaul dengan sesiapa
Hidup bagai banduan penjara

Neraca oh neraca
Lambang Keseimbangan
Lambang Keadilan
Seratus peratus sukar dicapai tangan
Hanya fikiran yang matang dan rasional
Menjadi penentu kebahagiaan

Aiza Azura, Nurul Ain 1T1
Siti Hajar 3N1
Amirul 4N3
Ennis 4E3
Halim 4E1

Surat Rasmi: Aduan tentang pusat penjaja makanan.

Azlina Bte Amin
Blok 432 Woodlands Drive 20
#11-888
Singapura 730432

15 April 2009

Pengurus
Majlis Perbandaran Damai
51 Jalan Bunga Rampai
Singapura 145251

Tuan

Aduan Tentang Pusat Penjaja Makanan Damai

Merujuk kepada perkara di atas, dengan segala hormatnya, saya, Azlina Bte Amin, inginmengadu tentang Pusat Penjaja Makanan Damai yang kurang memuaskan hati.

Yang pertama, tempat itu amat kotor. Terlalu banyak sampah sarap di merata-rata pusat penjaja itu. Di situ terdapat serangga-serangga seperti lipas, tikus dan lalat. Apabila kami tiba di situ, kami sekeluarga terpaksa mengelap meja dan kerusi sebelum kami duduk.

Seterusnya, makanan yang terdapat di situ amat mahal. Para pegerai telah menaikkan harga. Jadi, kami terpaksa membayar lebih. Makanan di situ juga tidak sedap dan adik saya mengalami cirit-birit.

Seterusnya ialah tentang orang yang menghisap rokok di situ. Mereka telah menjadikan keadaan kurang selesa semasa kami makan di situ. Ada seorang lelaki telah menimbulkan pergaduhan atas perbuatannya merokok itu.

Selain itu, perbuatan para pegerai juga kurang elok. Mereka tidak permah, kurang berbudi bahasa dan tidak senyum kepada kami semasa kami membeli makanan daripada mereka. Mereka tidak bersopan santun bila sekumpulan pelancong ingin membeli makanan daripada kedai mereka.

Di sini, saya ingin berikan beberapa saranan bagi masalah-masalah yang dinyatakan. Pusat penjaja makanan itu haruslah dibersihkan selalu. Pegerai juga harus menggantung lesen mereka di hadapan kedai mereka. Para pegerai harus pamerkan harga makanan yang dijual dan pusat penjaja makanan itu harus memasang papan tanda yang melarang orang ramai daripada merokok supaya keadaan akan menjadi lebih selesa.

Saya harap Tuan dapat mempertimbangkan saranan-saranan yang diberikan. Kerja sama Tuan saya dahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian, terima kasih.

Yang benar
Azlina
(Azlina Binte Amin)

Natasha
1N2

Surat kiriman: Aktiviti cuti sekolah.

Zakiyah Binte Ali
Blok 34 Bishan St 3
#03-416
Singapura 423034

31 Mac 2009

Kehadapan sahabatku
Aiza Aizura Binte Juhari
Yang berada di Malaysia
Dengan selamatnya

Saudari

Apa khabar, saudari? Saya harap saudari sihat-sihat sahaja. Saya sekeluarga di sini sihat sejahtera.

Tujuan saya menulis surat ini ialah untuk menceritakan tentang aktiviti-aktiviti yang telah saya lakukan pada cuti sekolah yang lalu.

Saya telah pergi berkelah bersama kawan-kawan saya di Pantai East Coast. Ia sungguh menyeronokkan. Kami mengadakan satu perkhemahan di sana selama dua hari. Kami tidak dapat makan banyak seperti di rumah tetapi kami makan roti, keropok dan makanan yang dibawa bapa saya.

Aktiviti seterusnya yang saya lakukan setelah kami kembali dari perkhemahan itu ialah kami keluar berjalan-jalan di Orchard. Kami membeli barang-barang yang kami perlukan atau hendak. Kami membeli bermacam-macam barang. Saya juga ada membeli sebuah hadiah untukl saudari. Saya harap saudari suka hadiah yang saya belikan untuk saudari.

Keesokan harinya, saya pergi ke sekolah untuk kelas tambahan dan juga untuk latihan tarian saya. Aktiviti-aktiviti itu semua sungguh memenatkan tetapi ia sungguh menyeronokkan. Selepas itu, kami hanya di rumah dan tidak berjalan-jalan lagi kerana terlalu penat.

Setakat ini sahaja warkah saya buat kali ini. Saya harap saudari dapat menceritakan pula tentang aktiviti-aktiviti yang saudari laukan pada cuti sekolah yang lalu. Sampaikan salam saya kepada keluarga saudari.

Sekian, terima kasih.

Yang benar
Zakiyah
(Zakiyah Binte Ali)

Norsurianty
1N1
__________________________________________

Zaki Bin Ali
Blok 34 Bishan St 3
#03-416
Singapura 423034

31 Mac 2009

Kehadapan sahabatku
Mohd noor Shafiq Bin Azman
Yang berada di Malaysia
Dengan selamatnya

Saudara

Apa khabar, saudara? Saya harap saudara sihat-sihat sahaja. Saya sekeluarga di sini sihat sejahtera.

Tujuan saya menulis surat ini ialah untuk menceritakan tentang aktiviti-aktiviti yang telah saya lakukan pada cuti sekolah yang lalu.

Saya telah pergi memancing di Sungai Singapura bersama saudara-mara saya. Saya berasa seronok. Kami memancing pada minggu pertama cuti sekolah iaitu pada hari Rabu. Kami memancing dari jam satu hingga tiga petang. Saya mendapat ikan yang besar dan pada malam harinya, kami makan ikan itu bersama-sama.

Pada minggu yang sama, kami sekeluarga melawat datuk dan nenek kami. Mereka tinggal bersama-sama di Sin Ming Avenue. Saya paling suka masakan mi rebus nenek saya. Pada petang harinya, saya bermain bola sepak di belakang rumah nenek saya dan saya dapat berkenalan dengan budak-budak yang bermain bola dengan saya. Kami pulang ke rumah pada malam harinya. Saya berasa letih tetapi saya masih dapat melihat wajah-wajah datuk dan nenek saya sebelum mereka tinggalkan saya.

Sebelum sekolah dibuka, saya harus menyiapkan peralatan sekolah. Pada hari Ahad yang lalu, saya hanya duduk di rumah dan siapkan peralatan sekolah saya.

Setakat ini sahaja warkah saya buat kali ini. Saya harap saudari dapat menceritakan pula tentang aktiviti-aktiviti yang saudari laukan pada cuti sekolah yang lalu. Sampaikan salam saya kepada keluarga saudari.

Sekian, terima kasih.

Yang benar
Zaki
(Zaki Bin Ali)

Amirulhakim
1N2

_____________________________________

Mohd Azman bin Ali
Blok 810 Ang Mo Kio Ave 8
#03-450
Singapura 560810

1 April 2009

Kehadapan sahabatku
Ainul Hayat Binte Aizat
Yang berada di Malaysia
Dengan selamatnya

Saudari

Apa khabar, saudari? Saya harap saudari sihat-sihat sahaja. Saya sekeluarga di sini sihat sejahtera.

Tujuan saya menulis surat ini ialah untuk menceritakan tentang aktiviti-aktiviti yang telah saya lakukan pada cuti sekolah yang lalu.

Pada minggu cuti sekolah yang pertama, saya dan kakak saya telah berjalan-jalan dan membeli-belah di Bugis. Kami telah membeli berbagai-bagai benda dan saya berasa sangat seronok. Selalunya, kakak saya sibuk belajar dan kami tidak dapat meluangkan masa bersama. Saya sangat gembira dapat berjalan-jalan dengan kakak saya. Sedang saya asyik berjalan, saya tidak sedar dompet saya telah jatuh dan apabila saya mendapat tahu, alangkah terkejutnya hati saya. Dengan segera, kami mencari-cari dan nasib saya baik kerana saya dapat menemuinya.

Pada minggu kedua pula, saya dan Fadhil telah berlari-lari anak di taman Bishan. Setelah bertemu dengan Fadhil, kami mula bersenam kerana tidak mahu membuang masa. Kami berlari-lari dengan sepenuh tenaga dan tidak berhenti. Setelah selesai, saya dan Fadhil segera duduk kerana terlalu letih. Sedang saya minum air dan berehat, tiba-tiba, saya terdengar suara anak kucing mengiau seperti meminta tolong. Apabila bertemu dengan anak kucing itu, rupa-rupanya, anak kucing itu terperangkap di dahan pokok. Saya segera menurunkan kucing itu.

Pada minggu terakhir, saya ke perpustakaan untuk belajar. Saya telah ke perpustakaan Ang Mo Kio untuk mencari sebuah novel Melayu. Saya mencari-cari buku itu tetapi tidak jumpa. Tiba, tiba, terasa bahu saya ditepuk seseorang. Apabila saya lihat orang itu, rupa-rupanya, dia kawan lama saya. Saya berasa amat gembira kerana dapat bertemu dengannya. Sudah dua tahunkami tidak bertemu kerana dia terpaksa belajar di Australia. Hati saya amat lega dan gembira dapat berjumpa dengannya.

Setakat ini sahaja warkah saya buat kali ini. Saya harap saudari dapat menceritakan pula tentang aktiviti-aktiviti yang saudari laukan pada cuti sekolah yang lalu. Sampaikan salam saya kepada keluarga saudari.

Sekian, terima kasih.

Yang benar
Zaki
(Zaki Bin Ali)

Noorhaslina
1E2

Satu kemalangan jalan raya.




Hujan turun dengan lebatnya. Sesekali terdengar dentuman guruh dan kilat pula sambar-menyambar. Angin bertiup kencang dan kedengaran pohon-pohon ditiup. Aku mengggigil kesejukan dan berlari ke perhentian bas untuk berteduh.

Aku memerhatikan keadaan sekelilingku. Jalan raya berdekatan amat sesak dan terdengar juga hon kereta. Sedangku asyik melihat sekelilingku, tiba-tiba, aku terdengar hon kereta yang amat kuat dan kedengaran kaca berderai. Aku terkejut apabila terpandang dua buah kereta terbabas dan keadaannya mengerikan. Dengan segera, hatiku tergerak untuk menolong mangsa.

Keadaan semakin riuh dan tidak teratur. Ada yang tergamam kerana ketakutan, ada yang sibuk menelefon ambulans dan polis serta ada yang berkerumun di kawasan kemalangan tersebut. Raungan meminta tolong menarik perhatianku dan aku mencari-cari mangsa kemalangan itu. Keadaan amat mengerikan dan mengejutkan. Mangsa yang meraung itu memegang perutnya yang berlumuran darah pekat dan nafasnya seperti ikan tanpa air. Mangsa yang lagi satu pula sudah tidak bernafas lagi. Isi perutnya terburai dan otaknya berkecai. Terasa nyilu perutku memandang mayat itu.

Tanpa membuang masa, aku membuka baju mangsa yang meraung dan membalut perutnya itu. Tidak lama kemudian, kedengaran siren ambulans memecah kesunyian. Kedua-dua mangsa dibawa masuk dan dikejarkan ke hospital.

Tangkai hatiku seperti hendak putus, kakiku lemah dan terasa peluh sejuk mengalir ke pipiku. Setelah menyaksikan kemalangan tersebut, mindaku masih menggambarkan mangsa tadi. Aku rasa belas kasihan kepadanya. Aku hanya berdoa mengharap Tuhan memanjangkan nyawanya.



Noorhaslina
1E2