Rabu, 6 Mei 2009

Darmawisata Hari Pertahanan Mutlak.


Pada Hari Pertahanan Mutlak, iaitu pada tanggal 15 hari bulan Februari 2009, semua pelajar-pelajar Sekolah Menengah Pertama Toa Payoh pergi berdarmawisata ke pelbagai tempat untuk kita mempelajari lebih tentang kepentingan hari Pertahanan Mutlak. Lawatan ini dirancang oleh guru-guru sekolah dan merupakan acara yang besar pada setiap tahun.


Pada tahun ini, para pelajar menengah dua dibawa ke tempat berlakunya pertempuran antara askar British dan askar Jepun. Tempat yang kami kunjungi ialah sebuah kubu yang terletak di kawasan Bukit Timah dan juga di Kilang Ford. Kubu yang kami lawati itu amat seram kerana di sana ada banyak patung yang menyerupai askar-askar yang sudah lama tiada. Patung-patung itu pula boleh bergerak dan bercakap jika kita menghidupkan suisnya. Kami tidak sahaja dapat melihat gambaran situasi dalam kubu itu ketika peperangan, kami juga dapat mempelajari tentang betapa kejamnya askar Jepun dahulu terhadap tawanannya dan juga rakyat-rakyatnya sendiri. kami mengetahui tentang semua perkara ini daripada seorang wanita tua yang menjadi pembimbing lawatan kami. Wanita itu sangat bijak dan semua kejadian yang telah lama berlaku itu seperti masih segar di dalam ingatannya. Dia juga dapat menjawab sebarang pertanyaan daripada pelajar-pelajar menengah dua.


Kami juga tidak terlepas peluang untuk mengetahui apakaha yang telah dilakukan kepada orang orang-orang yang telah dipenjarakan oleh askar Jepun. Orang-orang yang dipenjarakan ini sebenarnya tidak melakukan apa-apa kesalahan tetapi mereka tetap ditangkap dan disiksa dengan begitu kejam sekali. Ada yang dibenamkan mukanya ke dalam tempayan berisi air, ada yang disiksa dengan kuasa elektrik dan ada yang dibiarkan kebulur. Saya berasa sangat sedih apabila mengetahui tentang semua sejarah hitam Singapura.


Selain berseronok dan mendengar kisah-kisah menyentuh perasaan itu, kami juga harus mengumpul maklumat untuk projek kami. Saya dan ahli-ahli kumpulan saya telah mengumpulkan banyak informasi tentang tempat-tempat bersejarah itu dan kami juga telah mengambil beberapa gambar sebagai memori kawatan kami ke sana.


Selesai lawatan, kami pun menaiki bas untuk pulang ke sekolah. Setibanya di sekolah, ada beberapa kawan-kawan saya daripada menengah atasan menanyakan tentang lawatan saya dan juga pengalaman saya di sana. Saya dengan bangga menceritakan tentang pengalaman dan pengajaran yang saya timba daripada lawatan itu. Saya berasa sungguh gembira dan berpuas hati setelah mengetahui banyak perkara tentang sejarah Singapura. Saya juga berasa sedih tetapi bersyukur kerana Singapura sudah aman sekarang dan tiada peperangan. Tidak sabar rasanya untuk kesempatan mengunjungi tenpat-tempat bersejarah lagi pada tahun depan.


Nursyahirah Rosman

2E2

Tiada ulasan: