Rabu, 6 Mei 2009

Surat Rasmi: Aduan tentang pusat penjaja makanan.

Azlina Bte Amin
Blok 432 Woodlands Drive 20
#11-888
Singapura 730432

15 April 2009

Pengurus
Majlis Perbandaran Damai
51 Jalan Bunga Rampai
Singapura 145251

Tuan

Aduan Tentang Pusat Penjaja Makanan Damai

Merujuk kepada perkara di atas, dengan segala hormatnya, saya, Azlina Bte Amin, inginmengadu tentang Pusat Penjaja Makanan Damai yang kurang memuaskan hati.

Yang pertama, tempat itu amat kotor. Terlalu banyak sampah sarap di merata-rata pusat penjaja itu. Di situ terdapat serangga-serangga seperti lipas, tikus dan lalat. Apabila kami tiba di situ, kami sekeluarga terpaksa mengelap meja dan kerusi sebelum kami duduk.

Seterusnya, makanan yang terdapat di situ amat mahal. Para pegerai telah menaikkan harga. Jadi, kami terpaksa membayar lebih. Makanan di situ juga tidak sedap dan adik saya mengalami cirit-birit.

Seterusnya ialah tentang orang yang menghisap rokok di situ. Mereka telah menjadikan keadaan kurang selesa semasa kami makan di situ. Ada seorang lelaki telah menimbulkan pergaduhan atas perbuatannya merokok itu.

Selain itu, perbuatan para pegerai juga kurang elok. Mereka tidak permah, kurang berbudi bahasa dan tidak senyum kepada kami semasa kami membeli makanan daripada mereka. Mereka tidak bersopan santun bila sekumpulan pelancong ingin membeli makanan daripada kedai mereka.

Di sini, saya ingin berikan beberapa saranan bagi masalah-masalah yang dinyatakan. Pusat penjaja makanan itu haruslah dibersihkan selalu. Pegerai juga harus menggantung lesen mereka di hadapan kedai mereka. Para pegerai harus pamerkan harga makanan yang dijual dan pusat penjaja makanan itu harus memasang papan tanda yang melarang orang ramai daripada merokok supaya keadaan akan menjadi lebih selesa.

Saya harap Tuan dapat mempertimbangkan saranan-saranan yang diberikan. Kerja sama Tuan saya dahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian, terima kasih.

Yang benar
Azlina
(Azlina Binte Amin)

Natasha
1N2

Tiada ulasan: